Saturday, August 27, 2011

APAKAH STATUS DATUK MAHARAJA LELA: HERO ATAU PENGKHIANAT?

Heboh dan melatah tak keruan puak-puak pendokong Utusan Meloya yang menyiarkan sebahagian intisari ceramah Mat Sabu mengenai pandangan beliau tentang siapa hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.

Dari pembacaan dan penelitian saya ke atas laporan akhbar tersebut, nampaknya Mat Sabu berjaya menarik ramai peminat atau seteru politiknya untuk membuka mata terhadap peristiwa ini. Sekarang Mat Sabu berjaya mengajak Utusan Meloya ketengahkan cerita ini sehingga menimbulkan satu perbincangan hebat. Lebih hebat dari case study yang selalu dipelajari sewaktu di universiti.

Orang bijak dan licik memang bertindak seperti Mat Sabu tidak seperti Utusan Meloya dan juak-juaknya yang nampak melatah teruk hingga menampakkan kebodohan mereka. Kita nasihatkan mereka supaya berlapang dada dan baca dengan hati yang tenang sambil berfikir.

Peristiwa Bukit Kepong adalah salah satu sejarah negara yang ditulis oleh penjajah dan suku sakatnya. Siapa sahaja yang menjadi penentang penjajah ketika itu adalah musuh penjajah termasuk Datuk Maharaja Lela yang terlebih awal menerima padahnya. Tetapi kenapa pula orang Melayu tak tergamak untuk melabelkan Datok Maharaja Lela sebagai pengkhianat dan komunis? sedangkan dialah yang membunuh J.W.Birch. Puak UMNgok tolong fikir dan berlapang dada. Sejarah negara ditulis oleh juak-juak penjajah. Masakan mereka mahu menulis sesuatu yang tidak menguntungkan perjuangan mereka.

Dimana penghormatan juak-juak UMNgok dan Utusan Meloya terhadap sumbangan Sasterwan Negara seperti A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan yang terakhir Azizi Abdullah kepada negara? Pada mereka tokoh-tokoh ini adalah penentang UMNO dan pemerintah yang ada. Mustahil mereka akan merakamkan sumbangan tokoh-tokoh ini dalam bidang kesusasteraan negara ke tahap tertinggi? Mereka adalah penentang UMNO. Mereka musuh UMNO dan pasti tiada tempat dalam ruang-ruang akhbar Utusan Meloya, apatah lagi hendak dibariskan bersama tokoh-tokoh pemerintah seperti Samy Vellu, Chuah Soi Lek dan Rahim Thambi Chik yang kejahatan mereka sangat terang lagi bersuluh. Jika puak-puak Umngok ini menulis sejarah nanti pasti tokoh-tokoh sasterawan ini tiada dalam catatan mereka. Kalau ada pun sebagai talibarut komunis. Berbeza dengan layanan mereka ke atas Samy, Soi Lek dan Thambi yang akan ditulis sebagai negarawan ulung!!!!Inilah maksud sebenar Mat Sabu mengikut pendapat saya. Pakat pikiaq lahh!!

Saturday, August 20, 2011

ISU GEREJA: APAKAH KITA JUGA PENGAMAL PRAGMATIK?


Berbaik sangka dan sifat hormat menghormati antara kaum dan agama adalah sesuatu yang sangat disanjung demi keharmonian rakyat dalam negara ini. Apa-apa usaha yang dilakukan tanpa memikirkan implikasi kepada faktor ini adalah satu tindakan tidak cerdik dan menjuruskan kita kepada masalah yang tiada berkesudahan.

Tujuan politik adalah untuk mencari kaedah atau formula terbaik untuk menguruskan rakyat dan negara berdasarkan ideologi yang dapat diterima oleh kebanyakan rakyat. Adalah sesuatu yang mustahil bagi golongan minoriti untuk menjadi penentu politik sesebuah negara. Jika niat mereka ini diteruskan juga akan berlakulah keadaaan ketidakseimbangan dalam masyarakat. Lihatlah apa yang berlaku di negara Yahudi dan kelompok yang seumpama dengannya di merata dunia. Kewujudan mereka pastinya mengundang masalah apabila mereka mahu menjadi penentu dan peneraju walaupun mereka adalah minoriti. Agak mustahil tidak ada orang Jepun atau keturunannya berada di bumi China begitu juga sebaliknya. Kenapa tidak berlaku kekecohan? Jawabnya mereka sedar bahawa mereka adalah minoriti dan mesti meghormati yang majoriti.

Adalah membuang masa apabila kita terlalu melayani kehendak mereka yang tidak dapat diterima oleh kumpulan majoriti. Tidak menjadi halangan jika mereka ingin mengamalkan suruhan agama atau ideologi sesama mereka. Tetapi menjadi masalah besar jika mereka juga mahu mendapat keistimewaan melampaui peruntukan perlembagaan sesebuah negara yang sudah disepakati dan dihormati sekian lama. Kumpulan majoriti pastinya tidak dapat menerima hakikat yang mereka akan diheret dan dipaksa tunduk kepada golongan minoriti. Lebih memeritkan jika usaha mereka tidak disekat pasti suatu hari mereka akan meminta perlembagaan negara juga diubah mengikut kehendak mereka. Sejarah negara kita sudah merakamkan semua peristiwa seperti ini sejak beratus tahun yang silam. Kenapa kita tidak mempelajari daripada sejarah yang telah ada sekian lama?

Apa perlunya kita tunduk kepada golongan minoriti sehingga kita sanggup menggadaikan agama, bangsa, maruah dan negara tercinta? Tidak salah kita menerima apa-apa cadangan daripada mereka asalkan ia adalah suatu keperluan bersama. Kita hanya disuruh berusaha manakala kejayaan atau kegagalan adalah kerja Allah Taala yang menentukannya. Biarlah kita bertindak dalam ruang yang dibenarkan untuk kita.

Akhirnya dipohon kepada para pemimpin politik negara agar banyak bermuhasabah dengan hati yang tulus ikhlas lagi tawadhuk di atas peristiwa yang berlaku di gereja Methodist baru-baru ini. Mahukah para pemimpin melihat perpecahan kita hanya untuk menjaga keharmonian dan satu dua undi daripada kelompok minoriti ini tetapi sedikit demi sedikit kita akan kehilangan mahkota dan agama yang menjadi teras kehidupan kita selama ini. Mungkin tindakan kita boleh menggembirakan kumpulan minoriti ini tetapi dalam masa yang sama kita kehilangan segala tumang, pasak dan alang yang selama ini menyokong kekuatan binaan kita. Jangan pula kita tumpang mempopularkan teori pragmatik sehingga tergadai segalanya. Kembalilah kepada surah Alkafirun, “Lakum diinukum waliyadeen”. Kita masih menanti dimana suatu ketika nanti berbondong-bondong orang akan memasuki jamaah kita apabila kemenangan tiba. Bukan pula kita melihat berbondong-bondong orang meninggalkan kita malah agama yang dicintai disebabkan kita terlalu pragmatik untuk mendapatkan kuasa.