Peristiwa memijak dan menyepak kepala lembu adalah satu peristiwa yang menjelaskan gambaran dan rupa sebenar UMNO. Kita tidak nampak dimana unsur Islam yang hendak disampaikan dalam aksi tersebut. Menghina, mencaci individu-individu tertentu, menukarkan perkataan takbir kepada ”take beer” adalah sangat jelas mempunyai agenda tersendiri. Apakah dengan aksi ini dapat mengembalikan kuasa UMNO ”desperate”? Apakah aksi begini dapat menawan hati penganut Hindu untuk menyokong UMNO? Apakah ini cara orang Islam berkomunikasi dengan penganut agama lain? Atau inikah gambaran Islam ala UMNO?
Tindakan seumpama ini hanya memakan diri UMNO. Kenapa UMNO dilibatkan? Kerana tindakan memaki hamun, menconteng perkataan-perkataan tersebut terhadap individu dari kalangan PAS dan PKR tidak akan dilakukan oleh orang-orang PAS atau PKR. Bukti-bukti sudah terang dan nyata ia melibatkan individu dari kalangan UMNO dan pimpinannya yang gila talak. Kegilaan pemimpinnya sangat ketara. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa kembali ke tangan mereka. Jentera-jentera kerajaan yang boleh mereka kuasai (seperti Polis dan SPRM)akan mereka ”tutuh” sepuas-puasnya. Itulah UMNO! Sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz sangat sensitif dengan ideologi UMNO tapi bukan dengan orang UMNO keseluruhannya. Tindakan-tindakan mereka tidak memberi gambaran yang baik kepada Islam malah jauh menyimpang. Apabila mereka diberi kuasa mereka perkudakan kuasa tersebut mengikut kehendak nafsu bukan kehendak Islam sepatutnya.
Mereka hanya mahu menampakkan diri mereka berwajah Islam tetapi penghayatan dan amalannya bukan dari perspektif Islam. Apakah aksi mengusung dan menyepak kepala lembu itu hendak disandarkan kepada ajaran Islam? Apa salahnya lembu dalam hal ini? Dimana ajaran Islam yang menyarankan kita berdakwah secara hikmah? Di mana prinsip Islam yang menyuruh kita menghormati agama lain? Bagaimana UMNO memperchayai semua ini? Kekalahan demi kekalahan, kegagalan demi kegagalan telah dan bakal dirasai namun pemimpin UMNO masih tidak berpijak dibumi nyata. Siang malam berkata kononnya ada tanda perubahan minat pengundi kini. Kononnya ramai ahli PAS menyertai UMNO tak kala musim pilihanraya dan berbagai lagi. Namun semua itu adalah palsu belaka. Semuanya memberi gambaran betapa liat dan ketegarnya UMNO untuk mengaku kelemahan. Moga persoalan yang diutarakan dan aksi-aksi ganas yang dipertontonkan dapat menarik minat penganut-penganut UMNO yang fanatik berfikir dan bermuhasabah.
No comments:
Post a Comment